Monday, April 19, 2010

IKLAN QRIN DI MINGGUAN WANITA

Iklan Qrin yang telah tersiar di majalah Mingguan Wanita.
Alhamdulillah sambutan dari pelanggan sangat mengalakkan. Testimoni produk Qrin juga terdiri dari staf-staf Pesona Idaman sendiri. Ini adalah kerana mudah untuk kami memantau hasil perkembangan produk Qrin itu sendiri.
Bagi mereka yang selalu berkunjung ke kedai kami sendiri pun mengakui perubahan pada wajah staff -staff kami yang semakin jelita ;-).
Pada peringkat awal Produk Qrin hanya di jual di kalangan pelanggan-pelanggan Pesona Idaman sahaja. Kami menjual Produk Qrin di kalangan pelangan-pelanggan kami lebih dari setahun lamanya. Tujuan kami menjual sendiri produk Qrin terlebih dahulu adalah kerana kami ingin memantau sendiri pelanggan-pelanggan kami. Setelah berpuas hati dan tiada masalah yang timbul pada pengguna-pengguna produk Qrin, barulah kami berani untuk memasarkan produk ini ke pasaran yang lebih luas.
Ini adalah bertujuan untuk memastikan produk kami selamat dan tidak menimbulkan masalah pada pengguna-pengguna Produk Qrin di masa akan datang.
Produk-produk Qrin juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk Qrin juga telah menjalani ujian makmal dan ternyata ianya bebas dari Hydrokinon dan Mecury.
Kepada yang berminat untuk mengunakan produk Qrin dan ingin menjadi pengedar amat dialu-alukan. Bolehlah berhubung terus dengan kami.

No comments: